Isnin, 17 Jun 2024

MAMPUKAH KORBAN DIHAYATI SEMUA

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Nusantara. Berapa jumlah sebenar pa- 
tuh pada ertikata 
KORBAN yang 
sebenar, malah mungkin ada yang mendengar kata KORBAN itu dirayakan sebagai menyembeli haiwan korban pada mereka yang mampu. 

Bagaimana nasib warga yang tidak mampu mengadakan KORBAN 
sepanjang hari raya aidiladha akibat kesempitan hidup?, sudah pasti golongan terlibat hanya menunaikan sholat sunat aidiladha sahaja dan jembali kerumah  memendam rasa tanpa diketahui orang. 

Ini yang disuarakan sebilangan warga miskin tanpa ada yang membela mereka walau seba-
ngsa dan seagama tidak ramai yang prihatin kearah sumber bantuan, malah ada juga yang kerap melaungkan pengorbanan namun langsung tidak mengenali warga susah ditepi lorong walau sebangsa dan senegara demi kepentingan sendiri namun celetoh harian cantik tidak terkata.

Saban tahun Sambutan Korban dilaksanakan setiap umat Islam diseluruh negara namun sebilangan warganya bagai terlupa jiran sedesa yang kurang berkemampuan, malah ramai warga bersenang lenang setiap perayaan namun tidak nampak warga sekeliling mereka ada yang kurang berkemampuan meniti kehidupan penuh berjimat cermat. 

Luahan warga miskin ini bukan perkara baharu bagi mereka malah ianya dipendam menempuh kehidupan setiap tahun, orang mewah menghujahkan saling membantu kerjasama dan beramal namun ianya langsung tidak terlaksana pada mereka golongan orang desa.

Sehubungan dengan paparan ini, warga serantau boleh  merenung hujah fakir miskin yang diketengahkan ini agar menjadi landasan sama sama menghulyr bantuan, terutama mereka yang tergolong orang miskin tanpa menyisihkan mereka senegara  ditepi lorong.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan