Ahad, 23 Jun 2024

SIAPA PILIHAN RAKYAT SUNGAI BAKAP?

Oleh. Basron Kirwan 

Pulau Pinang. Siapakah yang mampu meraih sokongan pengundi Dun Sungai Bakap dalam pilihan raya kecil pada Julai 2024 akan datang?.

Persoalan ini disuarakan para pengundi sebaik selesai penamaan calon satu lawan satu antara Pakatan Harapan dengan Perikatan Nasional hari ini, kedua dua calon dilaporkan berpengaruh dengan penduduk setempat sejak sekian lama namun berbeza dengan pilihan rakyat dalam masa pilihan raya.

Sepanjang berkempen pada pilihan raya Dun Sungai Bakap sehingga Julai 2024 sokongan rakyat setempat bergantung pada jentera kempen mereka, rakyat yang terkini sengaja menanti gerak jentera kempen yang sampai kedepan muka mereka agar boleh bersandarkan luahan ungkapan masaalah yang mereka hadapi sepanjang masa.

Ada juga warga mendedahkan orang politik yang kerap bersama rakyat sebelum menang pilihan raya serta mengangkat sumpah jawatan, sebaliknya selepas menang pilihan raya dan memperolehi jawatan terus hilang bersemuka dengan rakyat dikawasan mereka termasuklah Sabah serantau.

Calon dari pakatan harapan memperolehi bantuan jentera kempen dari BN serta rakan sekutu kerajaan Madani manakala Calon dari Perikatan Nasional mendapat bantuan kempen dari gabungan mereka mungkin melibatkan juga dari Sabah dan Sarawak.








Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar inj tanpa kelulusan,  pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan