Ahad, 9 Jun 2024

BIAR KERAJAAN MALAYSIA URUS PATI TANPA DOKUMEN

Oleh. Basrom Kirwan 

Kuala Lumpur. Bagaimana kerajaan negeri Sabah menangani isu Pendatang Asing Tanpa Izin yang sesuka hati membina rumah setinggan ditanah kerajaan dan geran perseorangan?, bila kerajaan ambil tindakan ada pula pihak yang mempertahankan PATI  dirumah setinggan mendakwa mereka penduduk Sabah.

Sikap seumpama menyukarkan kerajaan Sabah membasmi rumah setinggan dan mengusir pendatang asing tanpa izin, golongan mempertahankan rumah setinggan dan pendatang asing tanpa izin umpama tidak mahu tahu situasi perundangan negara Malaysia.

Pendatang asing tanpa izin adalah dari negara luar yang memasuki Sabah tanpa sebarang penganalan diri, loghat bahasa pendatang asing tanpa izin juga adalah bahasa dari negara jiran þr muda dikenali walaupun budak sekolah rendah. 

Ini didedahkan oleh beberapa kelab penaja bekas bekas perajurit veteran Sarawak Sabah sebagai menerangkan isu PATI dan RUMAH SETINGGAN Sabah tiada penghujung, jangan sampai kerajaan Sabah menanggung kos bantuan terhadap rumah dan memberi dokumen kepada golongan PATI yang menyusup masuk dari negara jiran ujar mereka. 

Isu rumah setinggan pendatang asing tanpa izin masih berleluasa dalam negeri Sabah diluar bandar dengan adanya golongan pelindung mereka, golongan pelindung PATI juga dipercayai  satu agenda bagi memperbanyak kan rumah setinggan dan PATI menduduki negeri ini didalam jangkamasaa panjang. 

Semua pihak berkuasa dalam kerajaan Sabah perlu bertindak tegas dengan pelbagai tekanan pihak tertentu dengan misi mereka mempertahankan PATI dan RUMAH SETINGGAN,  bayangkan jika warga Sabah tanpa dokumen memasuki negara asal PATI dan PENGHUNI RUMAH SETINGGAN ini adakah mendapat perlindungan sebaik yang dibuat oleh kerajaan Sabah ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan