Selasa, 25 Jun 2024

PEDAGANG TIDAK TAKUT PERUNDANGAN

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Penjual rokok seludup disetiap kaki lima kedai terus mendapat sokongan sebilangan warga berbilang bangsa dinegeri ini sebagai membeli rokok seludup berkenaan.
Pembeli rokok seludup dilaporkan bukan sahaja buruh kasar, sektor swasta malah ada juga golongan pegawai rendah dalam kerajaan tanpa serba salah. 
Isu melanggani sebagai pembeli rokok seludup yang dicegah oleh pihak kerajaan Malaysia wajar dibantu seluruh rakyat Malaysia di Sabah dan bukan memberi sokongan serta menjadi pembelinya setiap hari.
Kes ini dilaporkan oleh sebilangan penduduk Malaysia di Sabah yang terkilan ramai menjadi pembeli rokok seludup setiap masa.
Sehubungan dengan pendedahan ini semua warga Malaysia di Sabah harus menjauhi rokok seludup demi nama baik serta mengelak kerugian besar terhadap negara jangkamasa panjang.


 SIAPA PILIHAN RAKYAT DALAM PRN SABAH 

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Menjelang PRN akan datang pengundi dalan negeri Sabah masih didalam teka teki memilih halatuju pilihan parti politik yang disokong mereka.

Sabah yang diterajui kerajaan GRS berkerjasama PH masa kini belum dapat dipastikan bila PRN akan diadakan namun rakyat berdaftar pemilih menanti pemimpin menemui mereka, terlalu banyak parti politik tempatan yang sudah memiliki sijil kelulusan parti namun masih samar keyakinan rakyat terhadap parti mereka sehingga kehari ini.

Menurut penduduk Sabah berbilang bangsa dan agama rakyat jelata berdaftar sebagai pemilih sentiasa menilai setiap pemimpin parti politik yang benar benar mengenali rakyat, tidak hairan lah sampai masa kini terlalu banyak pemimpin parti politik yang meminta sokongan undi dalam pilihan  raya  akan datang sehingga parti  parti yang  telah diluluskan sijil pendaftaran mereka.

Warisan Sabah, BN, UPKO, KDM, serta PH bakal mendepan Parti Gabungan Rakyat  Sabah  serta Parti  Perikatan Nasional termasuk lah parti parti baharu yang cuba meraih sokongan rakyat mengundi mereka.








Nota.  Dilarang membuat  ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan,  pengurus penyiaran dan pengiklanan  Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan