Khamis, 13 Jun 2024

SOROTAN SEMINGGU

Oleh. Koijul Hairol

TANGANI JALAN RAYA LUAR BANDAR 

Isu ketiadaan dan kerosakan jalan raya luar bandar wajar ditangani pihak kerajaan negeri dan persekutuan amnya dalam era 2024 sebagai membantu perkampungan luar bandar berbukit bukau.

Bagi perkampungan kawasan tanah rendah tidak menggusarkan rakyat jelata mengharunginya namun dikawasan tanah tinggi rakyat terbeban masaalah seumpama, ini mendorong rakyat perkampungan tanah tinggi bersuara agar kerajaan Sabah dan pusat amnya saling berganding  membina dan memperbaiki segala keperluan jalan raya setiap hari. 

Isu kedhaifan jalan raya luar bandar negeri Sabah sehingga hari ini masih lagi ditagih warga asli negeri ini, sudah 60 tahun melepasi kemerdekaan namun warga luar bandar masih ada yang tidak ada jalan raya ujar mereka.



 Oleh. Jusupi Anak Kurdi  

Isu Bus Mini dilapor tidak lengkap dalam negeri Sabah wajar diburu habis habisan oleh LPKP dan JPJ setiap hari. 

Pemilik Permit dan Lesen Bus Mini menyewakan kepada orang orang yang meragukan tanpa memiliki lesen pemanduan pengangkutan awam, kebimbangan ini disuarakan oleh sebilangan pengguna pengangkuta awam berikutan pemandu terlibat sentiasa berhubung telipon dengan rakan rakan pemandu lain.

Ramai pemandu bus mini sentiasa takut jika ada JPJ dan LPKP melakukan ops tutup disetiap jalan raya bandar dan pekan setiap hari, kesempatan ini lah penumpang pengangkutan awam memerhati sebilangan pemandu bus mini hilang bersembunyi dari operasi JPJ dan LPKP ujar mereka. 

Ada juga individu tertentu yang sesama pemandu bus lengkap membocorkan melalui telipon kemunculan operasi bersepadu memburu pemandu tidak lengkap, ianya menyebabkan pemandu bus mini tidak lengkap terus berleluasa dipusat bandar serta pekan kecil seluruh daerah  Kota Kinabalu Sabah hari ini.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan  niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan