Jumaat, 14 Jun 2024

KEBAL MENUNGGANG MOTOR TANPA HELMET??

Oleh. Gifkir 

Sabah. Sabah hari ramai penunggang Motorsikal langsung tidak menghargai nyawa dan undang undang dijalan raya, mereka selamba sahaja menunggal motorsikal diatas jalan raya tanpa memakai topi kelider (Helmet) sehingga menjadi tontonan orang ramai.

Kebanyakan pelaku adalah bersama pembonceng entah darimana asal usul mereka yang tidak mengguna pakai perundangan negara Malaysia, setiap hari ada sahaja gelagat mereka disekitar jalan pekan pekan kecil seluruh Sabah tanpa menghiraukan mata orang ramai menonton perbuatan mereka.

Sekumpulan kru Media yang bergerak membuat tinjauan mendapati golongan terlibat hanya takut kepada petugas beruniform sahaja, manakala teguran orang awam langsung mereka tidak hiraukan malah ada juga yang dilaporkan mencabar mencari pergaduhan.

Inilah yang membimbangkan sebilangan penduduk Sabah kian berani generasi masa kini akibat terpengaruh budaya asing yang suka hati melakukan tindakan, anehnya golongan terlibat boleh hilang dalam sekelip mata sahaja jika melihat  pasukan beruniform melakukan rondaan disetiap pekan dan bandar tegas warga Sabah.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan