Selasa, 3 September 2024

MENGAPA RAMAI ORANG ABAI MAKANAN TIAP MASA?

Oleh. Basron Kirwan

Borneo. Masyarakat sekali lagi gempar melihat permakanan yang terhidang tanpa penutup kerap berlaku sepanjang hari seluruh Sabah walaupun dilapor peniaga berpakaian bertudung  litup umpama umat Islam. 

                Namun disebaliknya perniagaan makanan terbuka sepanjang hari setiap masa ini tidak banyak  warga membuka mata mereka bagi memantau kebersihan serta status halal makanan berkenaan sepanjang masa. 

            Anehnya ramai warga peniaga serta kumpulan pembeli  gagal  memantau status semua kebersihan permakanan yang mereka langgani setiap hari, walaupun didepan mata semua permakanan juadah yang hendak dibeli tidak diberi penutup namun para pembeli tidak kisah asalkan mereka dapat membeli.

           Menurut orang ramai, seharusnya semua warga yang  hendak membeli pelbagai jenis makanan termasak perlulah meneliti kualiti kebersihan nya, tidak wajar makanan yang sudah dimasak panas terus terbuka untuk jualan sepanjang hari  diluar bangunan serta setiap kawasan  tepi jalan raya mahupun laluan pejalan kaki.  

            Sama sama lah kita menjaga semua pemakanan yang dijual atau dibeli pelanggan supaya sentiasa tertutup sepanjang hari demi kebersihan permakanan yang dijamukan terhadap setiap keluarga melibatkan warga kampung.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar  ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan  Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan