Isnin, 30 September 2024

SERANGAN DARAT KE LUBNAN SIAP DISUSUN

Oleh. Danny Rew 

Israel. Pasukan penggempur zionis Israel siap menyusun jentera perang darat terhadap Lubnan tanpa perundingan lagi menurut jurucakap tentera Israel hari ini. 

        Semua aset penggempur darat telah siap disusun bagi menggempur dimana juga kedudukan Pejuang Hizbollah selagi pasukan mereka berupaya menjalankan misi serangan darat, ini memberi  kesan perang besar berlaku di Lubnan jika PBB masih tidak bertindak memberi hukuman atau menamatkan  perang yang dilakukan Israel  terhadap setiap negara Islam.

         Ketenteraan Israel juga lengkap dengan pelbagai  alat perang moden hasil bantuan Amerika Syarikat walaupun beratus anggota PBB mendesak Israel menghentikan perang pada Gaza, Rafah dan kini Lubnan, semuanya sia sia langsung tidak dihiraukan oleh Israel berikutan sokongan kuat Amerika Syarikat yang terus menyerang semua sasaran melibatkan para pejuang Islam lapor tentera Israel.

       Sungguhpun kekuatan tentera Israel canggih mendapat bantuan Amerika Syarikat namun pejuang Hizbollah sangat berani menentang Israel dimana dilaporkan mendapat bantuan dari Houthi pejuang Iran, malah jika para pejuang Islam  seperti Houthi, AlQassam, Hamas dan Hizbollah bersatu mempertahankan negara Islam kediaman setiap pejuang terbabit pasti mereka mampu menang dalam pertempuran terlibat  jelas warga Lubnan. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan