Sabtu, 21 September 2024

SERBUAN DAN SIASATAN PERLU DIPERCEPATKAN

Oleh. Media Terkini

       Setiap negeri perlu mempercepatkan serbuan dan sia-
 satan  GISBH dan 

semua syarikat yang berkaitan dengan nya bagi mengelak semua ahli kumpulan nya sempat memusnahkan semua risalah serta buku ajaran mereka seperti  dikalangan dimusnahkan.

        Sikap pihak berkua-
sa dibeberapa negeri dalam negara ini melambat lambatkan serbuan dan siasatan bagai memberi ruang kumpulan tersebut memusnahkan buku
ajaran mereka agar pengikut mereka bebas dari sebarang pertuduhan pada siasatan kelak.
   
           Beberapa pihak berkuasa negeri seperti, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan dan Perlis sudahpun melakukan serbuan dan tangkapan serta rampasan pelbagai ajaran salah, sebaliknya dilaporkan masih ada negeri dalam Malaysia yang masih membiarkan masa pantas  menyerbu kumpulan terlibat walaupun sudah banyak bahan bukti telah dirampas dari mereka. 

          Sehingga berita ini ditulis belum ada gerak serbuan dan tangkapan mahupun rampasan  berkaitan GISBH serta anak syarikat yang berkaitan dengan GISBH diseluruh negara, malah di Sarawak rumah amal GISBH sudah tamat lesen pendaftaran nya sejak 2019 dan kini berpindah randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa tempatan manakala Sabah gagal diperolehi maklumat. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan