Selasa, 17 September 2024

ISRAEL MAKIN TERGUGAT

Oleh. Huzera Ben

Yaman. Kumpulan pejuang SPC yang dilaporkan berkait rapat dengan pejuang HOUTHI  kini mula melancarkan pelbagai jenis pelancar roket dari sempadan sehingga ketengah sasaran bumi Israel.

          Ramai rakyat Israel melarikan diri mencari perlindungan ditempat selamat sejak SPC melancar serangan peluru pelancar roket  dibeberapa kawasan di Israel sebagai tindak balas keatas kekejaman  Israel.

         Perjuangan SPC pimpinan Yahya Saree  mula menggugat keselamatan bumi Israel khususnya  rakyat yang berhampiran sempadan, sebaliknya ramai juga warga yang setakat gemar memerhati segala yang berlaku diantara pejuang Islam  dan zionis Israel sampai hari ini. 

          Pejuang SPC dilaporkan rangkaian seperjuangan dengan Pejuang Houthi yang kini bersiap siaga melancarkan serangan besar besaran terhadap Israel jika tidak berhenti menyerang Umat Islam. 

          Sehingga berita ini  ditulis Israel belum ada sebarang ulasan berhubung serangan ratusan pelancar roket ke sempadan serta pertengahan bumi Israel, namun penduduk Israel  dilaporkan ratusan hingga ribuan orang melarikan diri bagi menyelamatkan diri bersama keluarga  dari serangan roket pejuang SPC tegas warga Israel.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan  Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan