Ahad, 29 September 2024

TIDAK RAMAI SEDAR DIKELILING MEREKA

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Borneo.  Ramai warga tidak kisah sangat dengan sesiapa juga berada disekeliling mereka sama ada orang tempatan atau pendatang asing tanpa izin. 

        Ada juga warga Borneo yang sanggup duduk setiap hari dalam semeja bersama pendatang asing tanpa izin santai makan minum tanpa ambil kisah, ianya amat ketara jika berjalan jalan ditamu mingguan amnya pasar tani pasti boleh nampak warga asing  berkeliaran akrab rapat dengan warga tempatan.

        Pendatang asing tanpa izin hanya disedari warga tempatan semasa diburu dan ditangkap pihak polis, Imegeresen  dan para penguatkuasa yang lain baru terbuka mata warga tempatan.

       Bayangkan lah  ada Cekgu sekolah kerajaan guna Kad Pengenalan palsu 29 tahun di Tenom akhirnya ditangkap disamping ada juga PATI menjadi pengawal keselamatan kerap ditangkap, namun tidak ramai  yang menghiraukan isu PATI dan warga asing yang kerap membanjiri dalam negeri terlibat amnya Malaysia tetap juga rakyat jelata kurang menitikberatkan isu tersebut.

      Sehubungan dengan pendedahan ini semua rakyat borneo  amnya Malaysia perlu menjadi mata mata memantau PATI atau warga asing yang bersembunyi disetiap kawasan masing masing agar mampu disalurkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini,  tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan