Khamis, 19 September 2024

BICARA WARA KINI

Dini hari September 2024 pelbagai isu disuarakan rakyat dibeberapa negeri diseluruh Malaysia, bilamana ada ahli parti politik serta pegawai tertentu dalam kerajaan negeri enggan menyambut panggilan dan watshap rakyat yang memerlukan jawapan talian mereka. 

       Amat menyedihkan sebilangan warga memainkan kebencian pemimpin sebangsa mereka jika berjuang didalam parti beroperasi seluruh negara tanpa mereka berfikir panjang, golongan terlibat kecil namun senyap pula melihat warga asing serta pendatang asing tanpa izin yang banyak meminta perlindungan  dengan sebilangan dari mereka  serta meminta kerja kontrak dengan mereka. 

        Beberapa warga yang ditemui juga amat kesal sebilangan kecil warga Malaysia saling membenci sesama sendiri jika menjadi ahli parti politik berbeza khususnya mengikuti kenegerian, namun tidak pula bising melihat lambakan pendatang asing tanpa izin dari luar negara  berada disekeliling mereka hampir setiap hari.

       Ini lah kisah yang terlalu sukar dibendung bertelagah sesama sendiri demi meraih sokongan dalam parti politik kenegerian namun membisu dengan kebanjiran orang asing dikeliling mereka, sebagai contoh parti Semenanjung Malaysia bagai tidak diberi ruang dalam negeri mereka (Sabah) walaupun dipimpin oleh orang Sabah sendiri pelbagai propaganda dimainkan tegas warga Sabah hari ini.

        BN dan PH bagai disingkir berjuang di Sabah namun PAS PN dan beberapa parti lain berpusat diluar Sabah dilaporkan ramai berdiam diri, inilah percaturan politik yang memilih  parti untuk didampingi walaupun sesama bangsa yang memimpin dalam negeri mereka tetap juga dimainkan. 

       Sebagai wadah penyiaran terbuka rakyat Malaysia diseluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak perlu bersikap terbuka menentu hala tuju parti yang disertai, bukan berlandaskan kesukuan dan kenegerian demi perjuangan demokrasi berperlembagaan dengan membela semua kaum tanpa mengira agama didalam satu Malaysia negara merdeka. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan