Rabu, 18 September 2024

MENGAPA LETRIK TERJUNTAI DIBIAR SEHARI SEMALAM?

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Melihat semua kemungkinan bakal berlaku jika musim hujan dan angin taufan berlaku namun kes kes serupa bagai tidak diberi perhatian sebelum terjadi. 

        Antara yang jelas boleh dipandang lebih awal ialah banjir awal dari  sungai yang mungkin boleh dielak jika saliran sungai diperdalam serta dikendalikan pembersihan nya setiap dwi bulanan, demikian juga laluan tenaga letrik bertiang dan jalan raya jika diselenggara pembersihan sepanjang tahun serta perparitan diperbaiki secara berterusan tidak berlaku pokok tumbang dan kerosakan jalan.

           Semua musibah berlaku ada unsur kelalaian manusia yang dipertanggungjawabkan namun golongan terlibat enggan mengaku kelalaian mereka walau dipandang masyarakat sejagat, bayangkan lah water letrik terputus diatas jalan raya disebabkan pokok besar yang tumbang tidak dibersihkan pihak syarikat yang dilantik mengendalikan nya setiap bulan.

        Banyak isu yang dilaporkan penuh kepincangan namun pendedahan awam sekadar menjadi bahan tontonan sepanjang masa, lepas dibaca suara pendedahan orang ramai yang menempuh sungai banjir, jalan runtuh, water letrik terputus ditimpa kayu besar yang tumbang maka hilang lah maklumat penting tersebut.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan