Isnin, 23 September 2024

IMPIAN ISRAEL TAK SEMUDA YANG DIJANGKA

Oleh. Danny Rew dan Huzera Ben

Lubnan. Serangan dan pembunuhan 
 Islam disempadan 

Lubnan Israel sangat menguji kesabaran segenap Islam seluruh dunia keatas zionis Israel. 

         Zionis Israel 
juga terus menggandakan serangan terhadap Lubnan sedangkan permulaan mereka (Israel) hanya memusnahkan Gaza  dan Rafah 
sahaja. 

      Dalam serangan terbaru Israel ke Lubnan hampir 500 orang dilapor terkorban malah lebih banyak yang cedera parah dalam serangan tersebut. 

     Israel juga menghebahkan telah membunuh panglima Hizbollah Ali Karaki namun disangkal pejuang Hizbollah sendiri yang menurut Hizbollah Ali Karaki telah berada disuatu tempat selamat lebih awal sebelum diserang, propaganda Israel  dilaporkan cuba melemahkan semangat juang para pengikut Hizbollah agar tidak fokus dalam perjuangan demi memudahkan zionis Israel menyusun jentera serangan keatas setiap kubu pertahanan  Hizbollah di Lubnan.

         Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu juga umpama tidak banyak kemampuan menghentikan kekejaman Israel  terhadap Gaza dan Rafah serta kini merebak menyerang Lubnan, ramai warga Islam antara bangsa mempersoalkan sampai bila zionis Israel bebas menyerang kumpulan warga Islam yang hanya mempertahankan tanah kediaman mereka cuba ditawan tegas  mereka.

       Selain dari itu para pejuang ISLAM yang diburu zionis Israel  namun yang mati terbunuh adalah rakyat wanita dan kanak kanak kecil tanpa kesalahan di Gaza dan Rafah, belum pun ada tindakan pihak PBB dikuatkuasakan keatas Israel kini mereka zionis Israel sudah memulakan Fasa Peperangan Dengan Lubnan bagai mereka (Israel) tidak takut dalam isu hak milik orang lain dalan negara umat Islam.

         Dunia dan PBB perlu tahu apa tindakan yang wajar dikenakan para pembunuh di Gaza dan Rafah serta Lubnan Masa Kini tanpa perikemanusiaan dan dunia sekalipun tidak mampu menghalang segala kekejaman keatas penduduk Islam serantau.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan akbar Media Terkini Harian  Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan