Isnin, 23 September 2024

PELIK TERANG LAGI BERSULUH

Oleh. Koijul Hairol

Kuala Lumpur.  PELIK pelbagai rujukan yang terdapat didalam ajaran secara sesat terdahul, namun masih juga ramai yang terpengaruh dengan kumpulan terlibat mahu menghidupkan ajaran yang meragukan walaupun bukan tauliah dari pihak berkuasa agama dalam negara ini.

       Bayangkan lah buku buku yang dicipta sendiri  oleh kumpulan sesuatu syarikat perniagaan dengan menggunakan nama badan tertentu sehingga dirampas pihak Polis, namun masih ramai yang terpedaya menyertai tanpa bertanya kepada jabatan agama Islam disetiap negeri lapor aktivis masyarakat dekat sini.  

       Ramai juga yang hairan mengapa beratus risalah yang ditemui dalam ops global mencakupi ajaran yang meragukan namun masih ramai yang terpengaruh dengan ajaran seumpama, malah hebahan berita yang disampaikan kerajaan sejak sekian lama dalam media cetak mahupun media eletronik ajaran yang telah diharamkan namun terus juga disertai orang orang  tanpa menghayati berita yang telah dihebahkan.

          Seharusnya warga Malaysia peka mendengar berita yang dihebahkan kerajaan setiap hari terutama kegiatan ajaran sesat terdahulu  sampai kini  masih lagi ada yang cuba mengubah corak mempengaruhi warga demi kepentingan mereka, namun pengamal ajaran sesat dari dahulu terlalu bijak  pelbagai helah dengan silih bertukar ganti jenama pertubuhan serta jenama permis perniagaan demi mengelak ianya dikesan pihak berkuasa tempatan.

      Sehubungan dengan paparan berita seumpama seluruh warga Malaysia wajar berwaspada dengan merujuk semua badan pendidik ugama kepada pihak berkuasa kerajaan Malaysia, agar segala kemelut pemahaman ugama yang dilaporkan sesat golongan tertentu bergerak  bersama bagi mengelak lebih ramai terjerumus keatas ajaran sesat tertentu dalam negara sepanjang hayat.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan  pengurus  penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang





        
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan