Rabu, 25 September 2024

BEDILAN ISRAEL KE LUBNAN TIDAK BERHENTI

Oleh. Danny Rew 

dan Huzera Ben


 Lubnan. Kekejaman

Israel yang menyerang Gaza dan Rafah sehingga hampir menjadi padang jarak padang tekukur 
kini merebak sampai ke persempadanan Lubnan dengan serangan cukup sengit sampai hari ini. 

           Israel masa kini menggandakan serangan terhadap Lubnan dengan banyak kecederaan dan kematian namun PBB masih belum mampu menghentikan kekejaman  Israel, zionis Israel bukan sahaja memusnahkan Gaza dan Rafah namun kini melakukan serangan bertubi tubi ke Lubnan entah apa agenda Israel mahu memerangi para pejuang umat Islam.

         Selain dari itu senjata senjata yang digunakan tentera zionis Israel terhadap Lubnan adalah berat dan canggih yang moden, tidak hairan lah ramai yang cedera dan terbunuh serupa apa yang berlaku di Gaza dan Rafah tanpa ada penghujung sehingga kehari ini.

         Sebaliknya pejuang Hizbollah di Lubnan masih mampu melakukan serangan balas keatas pelbagai jenis serangan tentera zionis Israel terhadap Lubnan masa kini, Hizbollah juga mempunyai pemimpin berstatus komander bagi meneruskan perjuangan menentang tentera zionis Israel jika berlaku korban terhadap pejuang mereka. 

         Dengan pendedahan ini PBB perlu bertindak pantas bagi  menghalang tentera zionis Israel dari melakukan terus serangan terhadap Plastine dan Lubnan amnya, lebih lama Israel dibiarkan melakukan serangan keatas Gaza, Rafah dan kini Lubnan maka lebih ramai lagi umat Islam akan terbunuh tanpa kesalahan  yang jelas ujar penduduk Lubnan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar Harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan