Sabtu, 21 September 2024

MENGAPA RAMAI PENGIKUT GISBH MELARIKAN DIRI?

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Mengapa ramai pengikut GISBH dilaporkan orang awam melarikan diri dari setiap markas mereka?, malah ada yang cuba melepaskan diri 
 menuju ke Selatan
Thailand menggunakan kenderaan berlogo syarikat mereka. 

        Sungguhpun fahaman kumpulan tersebut berulangkali dihebahkan Terlalu Banyak Yang Meragukan oleh pihak berkuasa, namun para pengikut mereka masih taat setia sama sampai melarikan diri bagai tidak pernah mendengar berita hebahan semasa.

         Sebagai negeri yang berwibawa diseluruh negara tindakan menyerbu semua suspek pemegang ajaran yang meragukan wajar dipercepatkan agar kumpulan terlibat tidak sempat melupuskan bahan bukti yang mereka simpan, selain dari itu operasi memburu mereka pengamal ajaran mengelirukan harus dipergiatkan demi mengawal penularan setiap ajaran mereka terhadap orang ramai walaupun mereka berada dimana mana.

          Bagi warga yang terlalu muda dalam ilmu pengetahuan wajarlah merujuk kepada pihak berkuasa yang arif dalam hukum hakam agama tanpa terpedaya dengan pengaruh pihak tertentu, ketaksuban dengan pengaruh orang orang yang meragukan tanpa tauliah dari pihak berkuasa setiap negara bagi memastikan setiap panduan keagamaan diperolehi berlandaskan kepada fatwa yang diluluskan berkuasa agama dalam kerajaan.

        Apapun semua kumpulan ajaran yang melebihi keraguan seluruh negara wajar dijauhi oleh rakyat negara ini demi mengelak lebih ramai terpengaruh dalam jangkamasa panjang, kekeliruan menerima pelbagai ajaran yang meragukan dari kumpulan yang tidak mendapat tauliah Jabatan Agama Islam setiap negeri hanya boleh memesongkan akidah diri masing masing. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan  niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan