Isnin, 30 September 2024

WARGA TIONGHUA MAHU MCA DAP DUDUK SEMEJA

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Masyarakat Tionghua dinegeri ini mencadangkan kepimpinan MCA dan DAP duduk  semeja membincangkan agihan kerusi dikawasan pengundi Cina terbanyak dalam 

 kerusi Dun negeri

Sabah pada PRN akan datang jika mahu PH dan BN meraih kemenangan besar dinegeri ini kelak. 

            BN dan PH Sabah perlu mencontohi parti kompenen yang menerajui kerajaan Madani Malaysia masa kini jika mahu mengekalkan kesedaran rakyat bagi menyokong perjuangan mereka, sebaliknya kegagalan kedua dua parti berkenaan duduk berbincang bagi meraih sokongan pengundi Tionghua (Cina)  dalam PRN akan datang  bakal menguntungkan parti parti yang lain ujar mereka.

          Sabah kini diterajui kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd. Noor merangkap Ketua Menteri Sabah yang turut dianggotai Adun Lantikan dari parti Pas Datuk Ali Akbar Gulasan dan Datuk Yong Teck Lee gabungan PN sehingga kini. 

         Kebanyakan rakyat jelata Sabah  masih saling mempersoal GRS yang masa kini saling bercakap parti politik Malaya tak perlu tanding di PRN Sabah, namun para pemimpin Sabah yang menerajui kepimpinan parti Malaya dinegeri ini masih diterima penduduk Sabah sendiri.

         Oleh itu ramai orang Sabah mencadangkan MCA dan DAP Sabah duduk semeja berdamai dalam BN dan PH sepakat madani bertanding dalam PRN Sabah akan datang,  jika GRS enggan bersama BN dan PH mengagihkan kerusi dalam PRN mendepani Perikatan Nasional, WARISAN serta PKDMR bagi merebut sejumlah 73 kerusi DUN Sabah  kelak.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan