Selasa, 24 September 2024

CORAK PENYELASAIAN MASAALAH HAKIKI

Oleh. Mat Qeyyim Hezemi Hamid

Nota Kinabalu. Ramai gempar corak penyelasaian sebarang masaalah dimukim Telipok yang sekadar ditularkan dalam laman sosial dan watsap group walaupun media masa tempatan dan nasional ada di Sabah.

        Menurut beberapa penduduk Telipok yang dihubungi menjelaskan sememangnya beberapa masaalah di Mukim Telipok banyak guna laman sosial dan watsap group, terlalu ramai yang kurang berkerjasama dengan media masa entah apa sebabnya sehingga sukar memperolehi perubahan drastik kemelut yang mereka hadapi tegas mereka.

         Mukim Telipok terletak dalam dua kawasan Dewan Undangan Negeri antara Inanam dan Kerambunai malah ianya mudah diselesaikan masaalah jika tepat saluran yang benar, namun jika dihebahkan menerusi laman sosial serta watsap group sampai bila ianya mampu diselesaikan apa tak lagi tidak berurusan pada wakil rakyat yang dipertanggungjawabkan.

        Pekedai dan Peniaga pekan Telipok meminta Adun Inanam YB. Peto Galim Pembantu Menteri Pertanian dan Adun Kerambunai Datuk Yakub Khan merangkap Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, supaya membantu berbincang dengan Syarikat Kontraktor jalan raya setempat bagi menyediakan laluan  khas pusingan jarak terdekat memasuki pekan Telipok demi memudahkan penduduk berurusan di kedai dan Sekolah St. Peter Telipok.

       Isu kesesakan berlaku dilaporkan sesuka hati Bus Mini berbaris di Bus Stop Pekan Telipok bagaikan Terminal menunggu penumpang, ianya perlu kawalan pasukan Polis supaya Bus Bus Mini tidak lagi boleh berbaris menunggu penumpang sehingga menghalang laluan kenderaan awam orang lain.

       Peniaga pekan Telipok juga meminta polis perlu sentiasa ada kawalan tiap hari dipekan tersebut agar kawalan keselamatan lebih terkawal sepanjang masa, selain dari itu sebilangan warga mukim Telipok perlu belajar mendamping semua media masa sebagai wadah penyiaran yang berdaftar sah dengan kerajaan Malaysia.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan