Selasa, 10 September 2024

ANTARA PN DAN BN SIAPA PENGUNDI MAHKOTA PILIH?

Oleh. Basron Kirwan Dan Norsham Haji Tukirin 

Johor.  Pilihan Raya Kecil Dun Mah
 kota dijangka 

sengit jika satu lawan satu antara PN dengan UMNO BN bersama PH Perpaduan kata para pemerhati politik tempatan. 

          BN PH Perpaduan merupakan mempertahankan Kerusi Dun Mahkota manakala PN berusaha,  menawan kerusi tersebut jika diberi peluang oleh penduduk berdaftar sebagai pengundi kawasan tersebut dalam PRK kali ini.

          Kedua dua calon yang ditonjolkan adalah anak jati Dun Mahkota  dan berserah sahaja dengan sokongan penduduk yang berdaftar pengundi kawasan tersebut, kelebihan BN UMNO dan PH Perpaduan adalah memegang tampuk kerajaan negeri Johor sejak sekian lama jelas beberapa aktivis masyarakat setempat.

           PN juga tidak boleh dipandang ringan oleh BN PH Perpaduan memandangkan Pengurusi PN Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin merupakan Ahli Parlimen Pagoh Johor, namun semuanya bergantung kepada jentera semua parti bagi bergerak menemui semua lapisan pengundi sebaik selesai penamaan calon pada 14 September 2024.
   
         Keputusan PRK Dun Mahkota  dijangka boleh diperolehi pada malam  28 September 2024 jika semua proses pengiraan undi berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan jelas pemerhati politik setempat.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran  dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan