Ahad, 8 September 2024

PKR SABAH PUNYA PENDIRIAN

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Tindakan berani kepimpinan PKR Sabah tidak menggunakan Lambang GRS dalam pilihan raya negeri akan datang, merupakan satu keputusan bijak serta berperinsif dengan perjuangan parti yang berpusat di Semananjung Malaysia.

                 PKR yang berpusat di Semananjung Malaysia namun dalam Sabah semuanya dipimpin oleh anak negeri Sabah dilapirkan masih menjadi perhatian penduduk Sabahan yang berwawasan, sebaliknya hanya segelintir sahaja yang bersikap kepartian Sabahan tanpa berpandangan jauh keupayaan mereka meraih kemenangan bersaing merebut undi berbilang bangsa.

             Ini didedahkan para pemerhati politik bagi merungkai penjelasan PKR Sabah menggunakan Logo PKR sendiri dalam Pilihan Raya Negeri akan datang, sementara Barisan Nasional  juga harus berani mempertahankan logo mereka dalan PRN Sabah bersama WARISAN dan KDM juga mampu menggunakan Logo parti mereka sendiri.

                 Walau apapun semangat yang diangkat oleh parti Gabungan Rakyat Sabah tidak mampu menggugat setiap penyokong tegar parti parti yang besar seperti PKR, BN, WARISAN  dan KDN serta PAKATAN HARAPAN, sebaliknya semua jentera parti harus bergerak sampai keakar umbi demi meraih sokongan disamping menerangkan agenda perjuangan murni mereka yang sebenar.

             Media Terkini dimaklumkan semua parti didalam Sabah mempunyai penyokong tegar sama ada parti Sabahan mahupun Semananjung Malaysia, tidak hairan lah jika PKR atau PH, Barisan Nasional, WARISAN dan KDM terus mendapat penyokong mereka yang setia tanpa bertukar walau kerajaan Sabah kini diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah masa kini.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan