Rabu, 4 September 2024

PN SABAH SIAPA TAHU AKAR UMBI?

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Hasrat Parti kompenen Perikatan Nasional seperti PAS, BERSATU dan GERAKAN dalam mengintai meletak calon  dalam PRN  negeri akan datang ini perlu dipandang dalam gerak kerja kepimpinan mereka sampai keperingkat akar umbi.

         Sejak kebelakangan ini ramai politiking Sabahan dilaporkan terlalu memandang remeh dengan segala daya usaha sebilangan pemimpin PN berjumpa rakyat, sebaliknya rakyat jelata yang ditemui mereka rasa bersyukur walau sekecil sumbangan namun sampai pada setiap keluarga mereka yang ditemui. 

         Antara pendedahan sebilangan penduduk Sabah berhubung kisah politik setempat sejak beberapa bulan lepas  berikutan isu permainan politik Sabah untuk Sabah, namun PN khususnya PAS bergerak senyap menemui segenap lapisan rakyat jelata sehingga diluar bandar tanpa mengira bangsa dan agama jelas mereka.

            Sehingga berita ini ditulis  gerak kerja PN bersama rakyat berbilang bangsa dan agama diteruskan diperingkat akar umbi, berbanding  beberapa parti tempatan selaku kompenen pemerintah negeri rakyat jelata mendakwa menghubungi telipon pun susah dijawab jelas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

         


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan