Ahad, 8 September 2024

MESIR MEMPERKUKUH KAWALAN SEMPADAN

Oleh. Huzera Ben

Koridor Philadelphia. Israel dikejutkan lawatan mengejut Leftenan Jendral Ahmad Fathy Khalifah Panglima Militer Mesir dekat sempadan Mesir, Gaza dan Israel dekat sini.

            Lawatan tersebut membuatkan zionis Israel  tersentak apa kah langkah Mesir seterusnya disepanjang sempadan mereka berikutan hasrat Israel mahu menawan Gaza. 

         Menurut sumber, tentera Mesir disempadan Koridor Philadelphia memperkasa semua langkah sebarang kemungkinan bagi mempertahankan kedaulatan negara mereka.

          Ahmad Fathy  Khalifa  yang meluangkan masa bersama setiap anggotanya yang bertugas disempadan tersebut telah memberi pelbagai amanat penting sebagai persediaan tugas kawalan sempadan yang berisiko dicabuli pihak musuh.

           Dalam lawatan tersebut juga Ahmad Fathy Khalifa  meluangkan masa makan bersama beberapa anggota nya yang bertugas dikawasan tersebut disamping mendengar segala permasaalahan anggota bertugas mendepani tentera Zionis Israel  jelas mereka. 

             Mampukah tentera Israel berundur dari Sempadan Koridor Philadelphia jika Mesir dan Pejuang Hamas, Hizbollah dan AlQassam bergabung tenaga menyingkirkan tentera Israel dikawasan tersebut dalam jangkamasa panjang.

            Hanya tentera Mesir  bersama Pejuang Hamas,  Pejuang AlQassam dan Pejuang Hizbollah  yang mampu memberi jawapan  keupayan maufakat mereka menentang  kekejaman Israel, apa tak lagi jika seluruh negara negara Islam bersatu menentang Israel bukan sahaja dalam aspek peperangan malah ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara dalam zaman moden masa kini.














Nota. Dilarang membuat pelbagai ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang











 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan