Selasa, 24 September 2024

HARGA CILI UMPAMA EMAS

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Penduduk negeri ini kesal dengan kadar harga cili dalam watsap group berkumpulan menyerupai harga emas dengan RM10.00 sebotol air mineral kecil.

       Ini didedahkan beberapa warga Sabah yang hampir terperangkap iklan watsap kumpulan  berbanding cili di Supermarket hanya RM6.00 1 botol sedarhana dengan perasa yang cukup terkawal piawaian nya.

        Ramai warga masa kini mendedahkan urusniaga dalam watsap group lebih mahal berbanding dengan penjualan dikedai kedai berlesen malah ianya membebankan orang miskin, dalam konteks  urusniaga peniaga kecil harus lah memadai kos termurah seimbang dengan kos sebenar supaya tidak memberi bebanan kepada rakyat termiskin sehingga barangan lain tak mampu beli.

        Peniaga yang meninggikan kos penjualan juga sekadar menjatuhkan  nama baik kerajaan disebut pembeli atas kenaikan harga mendadak sedangkan kerajaan tidak pernah menaik harga barangan dipasaran, ini semua permainan penjual penjual kecil kecilan demi mengaut keuntungan berganda menggunakan watsap group agar bebas meletak kadar harga sesuka hati tanpa sebarang kajian.

        Apapun semua rakyat seluruh Asia perlu bijak memilih produk yang dipaparkan pengiklanan produk mereka adakah seimbang dengan harga dan produk dimasa mendatang, jangan sampai para pembeli terbeban dengan produk dan harga yang tidak seimbang dengan harga dan produk demi terpedaya dengan iklan menarik didalam watsap group tanpa usul periksa.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan