Rabu, 25 September 2024

PERKAMPUNGAN TEPI SUNGAI PERLU BERWASPADA

Oleh. Jusupi  Anak Kurdi

Tuaran. Setiap perkampungan sepanjang sungai Tuaran wajar berwaspada dengan sang buaya yang dilaporkan membiak disepanjang sungai tersebut kebelakang  ini.  

      Isu buaya ganas yang ditangkap selepas ditembak pihak berkuasa negeri Sabah berhampiran kampung Dungun Tuaran lebih menggerunkan masyarakat setempat, malah warga Tuaran juga yakin masih ada lagi buaya yang tinggal disepanjang sungai  tersebut namun dipercayai  haiwan berkenaan bijak bersembunyi jelas mereka. 

          Menurut warga Tuaran tidak dapat dipastikan dari mana asal jumlah buaya yang kerap dilihat disekitar sungai Tuaran sehingga hari ini,  malah penduduk perkampungan sepanjang sungai Tuaran mengharapkan supaya pemantauan dilakukan bagi memastikan buaya dikawasan tersebut dipindahkan tegas mereka..






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan