Ahad, 8 September 2024

LAGAK ORANG ASING MENUTUP JALAN ORANG AWAM

Oleh. Koijul Hairol 

Kota Kinabalu. Orang asing yang melakukan pelbagai urusan perlu bijak membuka ruang lorong pejalan kaki didepan setiap kedai perniagaan, ianya sangat penting mereka pelajari  agar tidak terhalang laluan orang ramai yang melintasi kawasan tersebut setiap hari  atau golongan terlibat dilapor pada pihak berkuasa.

               Kebanyakan kes seumpama berlaku sekitar bandar besar serta pekan yang padat menjadi kediaman warga asing sehingga mengganggu emosi sebilangan rakyat Malaysia setempat, malah ada juga orang asing yang menutup jalan dilaporkan marah terhadap rakyat Malaysia yang menegur mereka agar tidak menghalang jalan berkenaan. 

            Sikap melawan teguran baik rakyat Malaysia bila orang asing menutup jalan laluan orang awam wajar disedari sebilangan orang asing, malah mereka seharusnya lebih bersopan berada dirantau orang dan bukan nya mempamer ego diperkatakan sehingga mengguris perasaan warga Malaysia.

             Sehubungan dengan pendedahan ini rakyat Malaysia di Sabah wajar berani bertindak mendedahkan tingkah laku orang asing yang berkerja dinegeri tersebut, jangan sesekali dipersendakan orang asing sehingga rakyat Malaysia berjalan diatas jalan raya akibat orang asing menutup berbaris dilorong laluan pejalan kaki depan kedai permis perniagaan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan