Selasa, 10 September 2024

CABARAN INDUSTRI PENYIARAN DAN PENGIKLANAN

Menceburi bidang penyiaran Berita dan penyiaran pelbagai Pengiklanan Perniagaan bukan 
 satu kerjaya  yang 

muda, malah ianya memerlukan kesabaran serta  kesungguhan usaha yang tinggi tanpa tunduk dengan pelbagai cabaran serta tekanan  golongan mereka yang tidak bertanggongjawab.
        Sepanjang memulakan industri penyiaran dan pengiklanan ini dari DWI MINGGUAN sehingga kepada MINGGUAN sejak 1998 sehingga hari ini, terlalu banyak rintangan ditempuhi oleh kru gerak kerja kami  melibatkan orang politik sehingga lah warga diperingkat bawahan ada sahaja perkara yang disebarkan.

           Untuk rekod hari ini Media Terkini Harian Malaysia mampu dilanggani diseluruh negara yang memahami Bahasa Melayu, sebaliknya jika terdapat warga yang tidak melanggani nya  atau enggan melanggani akbar ini pasti mereka tidak mampu memperolehinya.

           Terdapat juga golongan tertentu orang parti politik atau warga yang gemar mendabik dada sering memandang rendah kru penyiaran akbar ini, sebaliknya bila golongan terlibat dimaklumkan keutuhan akbar ini lebih 26 tahun baharu golongan terlibat membuka mata membaca akbar ini.

        Apapun akbar ini sentiasa membuka peluang pemberitaan dan pengiklanan didalam mahupun luar negara setiap hari selagi berkonsep siaran Bahasa Melayu. Pengarang







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan