Rabu, 11 September 2024

TARUMT INISIATIF UNTUK WARGA SABAH

 Terletak  dalam neg

sri dibawa bayu, cawangan TARUMT Sabah adalah satu satunya Cawangan TARUMT  di Malaysia Timur. 
         Kampus ini di 
bina pada tanah se

luas 6 ekar dalam kawasan Alammesra yang terletak hanya 15 minit sahaja dari bandar Kota Kinabalu.  

        TARUMT adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi  yang ditubuhkan Oleh  MCA sejak tahun 1969 dan dibawa masuk ke Sabah pada tahun 2002.

        Kampus yang dibina khas ini mampu menampung  sehingga 3,000 pelajar, memiliki kelengkapan  kemudahan yang moden, makmal komputer, ruang pembelajaran yang kondusif. 

          TARUMT Sabah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk dua blok tutorial, satu blok pentadbiran dan satu blok kafeteria serta pusat aktiviti pelajar. 

        Kemudahan sukan juga lengkap antaranya ialah gelanggang Bola Keranjang, Futsal, Badminton, Gimnasium yang lengkap serta Kolam Renang.

         Sebagai menyokong pendidikan tinggi yang berkualiti, tanpa mengira bangsa dan agama mahupun latarbelakang TARUMT  telah mewujudkan  satu skim Biasiswa Percuma khusus untuk  bumiputera Sabah yang berhasrat dan  layak untuk  melanjutkan pengajian  di  Universiti ini.

          Setiap tahun sebanyak 15 pelajar  akan  dipilih dibawah  status B 40 , untuk  menerima  biasiswa ini yang memberikan peluang  kepada  pelajar  Bumiputera Sabah. 

         Sebagai  melanjutkan  pelajaran warga Sabah, rebut lah  peluang  seumpama  dalam negeri  ini  menerusi  talian dan maklumat lanjut kami di 088348080 dan 01110825619    









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
Bil. 9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan