Ahad, 29 September 2024

ISU GUNA GUNI GANTI BAGASI

Oleh. Mat Qeyyim Hezemi Hamid

Kuala Lumpur. Pelajar guna guni masuk univerisiti tidak mengejutkan warga miskin luar bandar masa kini.

       Sebaliknya kerajaan seluruh negara perlu selidik setiap pegawai mereka yang dilantik diperingkat mukim mahupun kampung kampung  mendepani  rakyat miskin dari masa ke semasa. 

       Kebanyakan orang orang luar bandar seluruh negara masih tidak berkemampuan membeli bagasi besar berikutan kesempitan hidup mereka yang berpendapatan paras RM1,300 kebawah sebulan. 

        Isu ini tidak pernah sampai kepada pemimpin nombor satu dan dua dalam negara Malaysia memandangkan,  semua laporan pemimpin diperingkat perkampungan dan pertengahan kurang aktif membasmi kemiskinan rakyat.

       Selain dari itu, setiap negeri perlu memainkan peranan mendampingi rakyat luar bandar bagi melihat dan merekod kehidupan mereka, namun ramai orang miskin ditemui hanya menemui pemimpin masa mendepani pilihan raya dan lepas mengundi tidak nampak sudah pemimpin terlibat ujar mereka. 

        Tidak hairan lah berlaku pelajar membawa barangan  didalam guni masuk universiti demi menimba pelajaran merubah hidup keluarga mereka, golongan terlibat juga tidak malu dengan kemiskinan mereka walaupun pelbagai bantuan yang ada kerajaan sediakan jika semua pemimpin lantikan telus membantu rakyat Malaysia.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

      
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan