Ahad, 15 September 2024

PRK DUN MAHKOTA SAMA KUAT

Oleh. Basron Kirwan

Johor. Rakyat berdaftar sebagai pengundi di DUN MAHKOTA menanti calon yang benar benar prihatin menemui mereka sebelum pembuangan undi berjalan agar tidak tersisih wakil rakyat yang prihatin selepas pilihan raya.

        Memilih bakal Wakil Rakyat dalam masa pilihan raya bukan muda dimana segala latarbelakang dan sikap terhadap rakyat perlu diambil kira sebelum pangkah dibuat dalam pembuangan undi kelak, ianya sangat penting bagi rakyat yang berpandangan jauh memilih wakil rakyat mereka untuk lima tahun akan datang demi kesinambungan penyelasaian pembangunan dan ekonomi rakyat jelas mereka.

         Menurut sumber warga Dun Mahkota kedua dua calon yang bertanding  kali ini September 2024 sama hebat dan dikenali penduduk setempat, hanya corak dan langkah mereka sahaja yang bakal menjadi perhatian serta perhitungan rakyat setempat dalam masa mengundi  pada september 2024 akan datang jelas mereka. 

       Sehingga berita ini ditulis kedua dua calon yang bertanding masih sama sama bergerak aktif  menemui segenap lapisan pengundi kawasan Dun tersebut, belum ada rakyat menerima kempen panas  dikalangan calon calon yang bertanding dikawasan setempat  walaupun kempen sudah bermula.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan