Ahad, 15 September 2024

APA KATA WARGA SABAH

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Ramai warga negeri ini mendedahkan perniagaan bagai harga emas walaupun modal diguna pakai rendah apa tak lagi jika pokok sendiri. 

       Antaranya merepek Paria boleh mencecah sampai keangka RM16 keatas  sebungkus kecil namun ada juga orang suka  

membisu dengan harga terse-

but walaupun boleh diperti-

kai namun ramai yang terus mendiamkan diri. 

        Selain dari itu ramai juga pemandu bus mini yang membuat undang undang mereka sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang asli Sabahan, ini sangat menghiris perasaan penduduk asli Sabahan sehingga menyesal disetiap bus stop milik orang ramai namun dijadikan terminal bus mini yang tidak bertanggongjawab.

         Antara punca pemandu bus mini berbaris disetiap bus stop sepanjang jalan besar ialah mereka bukan pemilik bus mini sebenar, kumpulan terlibat merupakan menyewa bus mini dari orang lain disamping menyewa lagi permit pengangkutan awam dari orang lain.

          Kes seumpama sewajarnya tidak boleh berlaku memandangkan bila disewakan bus mini lain pemilik manakala permit pengangkutan lain pemilik ianya membebankan pemandu, bebanan ini membuatkan mereka melakukan apa sahaja undang undang sendiri menguasai setiap Bus Stop bagi merebut setiap penumpang  demi mengaut keuntungan membayar sewa dua jenis.

           Kes ini bukan perkara baru malah sudah bertahun lamanya namun pemandu terlibat bijak menyembunyikan diri jika operasi  berlaku dijalan raya, penduduk asli Sabah menyuarakan kekesalan mereka dengan segala yang dilakukan pemilik permit dan pemilik syarikat bus mini menyewakan pada orang ketiga jelas mereka.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan