Jumaat, 6 September 2024

TARUMT INISIATIF UNTUK WARGA SABAH

Terletak dalam negeri dibawa bayu, cawangan TARUMT Sabah adalah satu satu nya cawangan TARUMT di Malaysia Timur.
      Kampus ini dibi-

na pada Tanah seluas 6 ekar dalam kawasan Alammesra yang terletak hanya 15 minit sahaja dari bandar Kota Kinabalu.

             TARUMT  adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi  yang ditubuhkan Oleh MCA sejak tahun 1969 dan dibawa masuk ke Sabah pada tahun 2002.

            Kampus yang dibina khas ini mampu menampung sehingga 3,000 pelajar, memiliki kelengkapan kemudahan yang moden makmal komputer, ruang pembelajaran yang kondusif. 

           TARUMT  Sabah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk dua blok tutorial, satu blok pentadbiran dan satu blok kafeteria serta pusat aktiviti pelajar. 

            Kemudahan sukan juga lengkap antaranya ialah  gelanggang Bola Keranjang, Futsal, Badminton, Gimnasium yang lengkap serta Kolam Renang. 

          Sebagai menyokong pendidikan tinggi yang berkualiti, tanpa mengira bangsa dan agama mahupun latarbelakang,  TARUMT telah mewujudkan satu skim Biasiswa Percuma khusus untuk bumiputera Sabah, yang berhasrat dan layak untuk melanjutkan pengajian di Universiti ini. 

             Setiap tahun sebanyak 15 pelajar akan dipilih dibawah status B 40, untuk menerima biasiswa ini yang memberikan peluang kepada pelajar bumiputera Sabah. 

          Sebagai melanjutkan pelajaran warga Sabah, rebutlah peluang seumpama dalam negeri ini menerusi talian dan maklumat lanjut kami di 088348080 dan 01110825619









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 
Bil 7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan