Ahad, 22 September 2024

PERSAINGAN POLITIK SABAH HEBAT

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Parti politik negeri ini mengaku masih wujud keperluan berkerjasama dengan parti parti di Semananjung Malaysia dalam PRN  akan datang.

          Sebelum ini sebilangan pemimpin parti Sabahan terlalu berani menyuarakan parti parti Semananjung Malaysia tidak perlu bertanding dalam PRN akan datang, namun pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri Sabah bahawa Sabah masih perlu kerjasama dengan parti Semananjung pada PRN akan datang.

        Satu konteks politik serupa ialah pemimpin pertengahan dan bawahan parti parti tempatan perlu diberi satu keyakinan dalam kerjasama berkenaan,  adakah semua parti kompenen GRS benar benar mahu menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan Perpaduan Madani dari PH dan BN bagi meraih sokongan besar undi di Sabah.

       Jika ini terjadi bagaimana  kah nasib UMNO dan PBRS, MCA dan MIC di Sabah adakah  GRS boleh berbaik baik denga mereka serta   menjalinkan kerjasama?, persoalan ini perlu disedari kerajaan pusat perpaduan madani sebelum berlaku perpecahan lebih besar bagi para pengundi dinegeri  ini jelas warga Sabah.

        Apapun langkah GABUNGAN GRS SABAH berkerjasama dengan parti parti dalam kerajaan perpaduan pusat harus diteliti oleh kepimpinan BN Sabah,  ini penting agar mereka (BN) Sabah tidak tersepit dalam PRN akan datang dalam memastikan kawasan kerusi yang ditandingi terutama kawasan yang  boleh menang akan dikuasai GRS ujar penyokong BN Sabah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan