Rabu, 18 September 2024

BENARKAH SEMUA TAHU DALAM ISU HALAL?

 Oleh. Norsham 

Haji Tukirin 

Kuala Lumpur. Merungkai isu halal yang diperkatakan cukup panas hari ini, adakah seluruh umat Islam serantau sudah cukup pengetahuan bagi isu tersebut khususnya dalam aspek pemakanan. 

        Ini sangat menarik bila mana Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia mengungkapkan Halal bukan sahaja tiada Alkohol dan Daging Khinzir (Babi), malah kini ianya perlu penelitian makanan terlibat benar benar bersih dan tidak memudaratkan kesihatan pengguna menerusi Piawaian Yang Lebih Ketat sebagai kelulusan.

          Ramai warga ahli parti politik lantang bersuara berhubung Isu Halal sampai bertikam lidah secara terbuka tanpa henti, namun adakah mereka (Ahli Parti Politik) pernah turun padang melihat diseluruh negara apa yang rakyat tahu isu halal tentu ramai kaget suara rakyat hari ini.

         Kedai Makan Minum bukan Islam hanya guna Serve No Pork  sahaja sudah cukup menarik perhatian segelintir umat Islam memasukinya untuk minum makan, selain dari itu ada juga orang yang mengaku Islam namun berkerja dikedai makan minum bukan Islam menjual daging babi dan alkohol  yang dilaporkan warga di Borneo. 

         Pernahkah ahli parti politik yang hangat bercakap isu halal ini sampai membidas keputusan kerajaan mengkaji kewajiban isu penggunaan HALAL, sudah pasti mereka kurang turun padang terutama Sabah Sarawak kedai makan minum bukan Islam cukup menggunakan Serve No Pork dilekat pada dinding kedai mereka untuk menarik segelintir Islam memasukinya.

        Amat menyedihkan bila ada umat Islam sanggup berkerja dikedai makan minum bukan Islam menjual alkohol dan Daging babi dikedai berkenaan, selain dari itu bagaimana pula dikalangan umat Islam yang melanggani jual nombor ekor serta membeli jualan Madu yang disediakan sendiri oleh orang bukan Islam?, jelas beberapa orang warga Borneo. 

        Pendedahan ini sekadar meredakan minda daya fikir beberapa ahli parti politik yang kerap melenting dengan usaha  kerajaan mengkaji penggunaan Sijil HALAL demi manafaat umat Islam agar tidak keliru untuk dimasuki makan minum tiap hari.

          Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa didalam perkara ini melainkan kita warga Malaysia harus peka apa yang berlaku disekeliling kita bersama, malah sejauh mana pengetahuan dalam isu Halal agar tidak terpedaya dengan Serve No Pork  dalam kedai bukan Islam yang kerap dikunjungi orang Islam.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor



      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan