Jumaat, 27 September 2024

ADUAN PENGGUNA MENGEJUTKAN

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu. Saban hari para pengunjung sebuah market kecil diarah menyimpan barangan mereka jika memasuki permis berkenaan namun  langsung tidak diberi nombor jaminan pada barangan  mereka. 

      Kejadian tersebut berlaku sekitar Inanam setiap hari entah dimana perundangan mereka pakai umpama mengguna undang undang sendiri, orang ramai yang meminta nombor menyimpan barangan mereka di mini market berkenaan juga tidak dilayan sehingga ramai yang tidak memasuki mini market berkenaan.

        Selain dari itu ada juga petugas di mini market tersebut hampir hampir gagal menguasai bahasa Melayu entah dari mana negara mereka berasal kata penduduk Inanam, tidak hairan lah mini market tersebut lengang sunyi sepi melainkan golongan yang ada kenderaan  sendiri tempat menyimpan barangan semasa memasuki mini market tersebut jelas orang ramai

      Kebanyakan supermarket atau mini market yang menahan barangan pelanggan yang memasuki permis perniagaan diwajibkan memberi nombor jaminan barangan mereka jika hilang atau rosak, sebaliknya sangat jauh berbeza dengan mini market tersebut yang tidak memberi nombor pelanggan memasuki permis mereka bagi membeli belah jika ada barangan dari luar yang dibawa pelanggan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat  iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan