Rabu, 25 September 2024

HENDAK NIAGA JANGAN MAKAN TULANG?

Oleh. Koijul Hairol

Borneo. Iklan laman sosial  mengejutkan Udang Kecil Bagai Segenggam Harga Umpama Emas, Dijual antara RM10.00 hingga RM15.00 sangat menggerun urusniaga laman sosial Borneo jika warga kurang waspada.

         Ini didedahkan beberapa penduduk 
 Borneo yang mengik

utk iklan laman sesawang dan watsap kumpulan ghairah berniaga harga emas tanpa menghirau makan tulang orang, malah terlebih mengaut keuntungan tanpa mengkaji kesalahan berniaga memerah keuntungan dengan kerugian orang lain ujar penduduk penuh kesal.

       Menurut warga Borneo lagi, kemelut mengiklankan perniagaan menggunakan laman sosial dan watsap kumpulan menjadi pilihan di borneo  berikutan sesuka hati meletak harga tanpa kekangan bersyarat, tidak hairan lah golongan terlibat membelakangkan syarikat pengiklanan berlesen yang memiliki garis panduan syarat syarat bagi pengiklanan perniagaan disamping halangan meletak harga berlipat ganda keuntungan perniagaan.

        Hampir setiap hari iklan laman sosial borneo serta iklan watsap kumpulan bersiaran bagi meraih keuntungan berganda tanpa disedari masyarakat tempatan, ramai yang terjerat dengan perniagaan tersebut namun hanya sebilangan kecil sahaja yang sedar dan tampil mendedahkan perbuatan peniaga seumpama tegas warga borneo. 

        Sehubungan dengan paparan ini, warga borneo wajar berhati hati dengan harga barangan yang mengaut keuntungan berlipat ganda dalam urusniaga mereka, jika rasa terbeban elak membeli atau jika berterusan warga borneo boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan bagi memberi kesedaran urusniaga makan tulang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan