Ahad, 29 September 2024

PEJUANG HOUTHI GEGARKAN ISRAEL

Oleh. Huzera Ben

Iran. Dalam Israel melebar serangan ke Lubnan dan merangka gerak serangan ke sempadan Iran pejuang Houthi melancarkan serangan kelokasi lapangan terbang Israel,  serangan tersebut tidak diduga Israel  bagai terlalu pantas mendarat  dilokasi yang disasarkan namun masih dinafikan zionis Israel walau api menjulang ke Langit.

         Pejuang HOUTHI terus berikrar menyerang Israel walau apa cara sekalipun selagi mereka (Israel) menyerang negara Islam, laungan pemimpin Houthi  tidak berganjak dari perjuangan mereka menyerang Israel musuh Gaza, Rafah dan kini Lubnan jelas mereka. 

        Keberanian Pejuang Houthi bukan sahaja terhadap Israel malah mereka berani mendepani kapal dagang Amerika Syarikat di Laut Merah akibat  protes sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel, sehingga kini hanya  Hamas, AlQassam, Hizbollah dan Houthi yang mempamerkan kesiapsiagaan mereka menentang Zionis Israel walaupun terlalu ramai pejuang negara negara Islam yang ada tegas pejuang Houthi. 

         PBB masa kini hanya melaungkan ketegasan memaksa Israel menghentikan serangan keatas Gaza, Rafah dan Lubnan namun langsung tidak didengar oleh Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel, zionis Israel juga mula merangka susunan bagi menyerang Iran jika membela terhadap negara Lubnan dalam kancah pertempuran dengan tentera Zionis Israel masa kini menyebabkan  ramai terbunuh dan musnah harta benda awam.

         Sehingga berita ini ditulis belum ada petanda Zionis Israel menghentikan serangan keatas Gaza, Rafah dan Lubnan  walau diarah pasukan bangsa bangsa bersatu (PBB)  tegas para pejuang HOUTHI.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan  pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan