Khamis, 22 Februari 2024

WARGA MISKIN MINTA BERAS TEMPATAN DIKEKALKAN

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kuala Lumpur. WARGA MISKIN seluruh Malaysia, Sarawak dan Sabah meminta Kerajaan Madani mengekalkan BERAS TEMPATAN MURAH RM28.00 kebawah demi meringankan bebanan kemiskinan orang bandar dan kampung amnya.

Kadar harga Beras Madani Malaysia yang ditetapkan RM30.00 baru baru ini dijangka boleh mencecah RM34.00 hingga RM38.00 jika sampai keluar bandar bagi Sabah dan Sarawak Amnya ujar orang miskin yang ditemui.

Sebagai kerajaan Madani isu kehidupan rakyat miskin seluruh negara perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding mengubah dan menaik kadar harga tanpa memandang warga terlalu susah jelas penduduk yang dihubungi.

Dengan cadangan ini rakyat mengharapkan kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia mengekalkan Penjualan Beras Tempatan untuk warga miskin manakala Beras Import untuk orang orang yang hidup senang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan