Jumaat, 9 Februari 2024

MILIK SIAPAKAH BUDAYA INI?

"Menjelajah Ke Sabah Pasti Akan Mendepani Sesuatu Pandangan Mata Diluar Jangka, Namun Ini Lah Yang Sesekali Menjadi Santapan Mata Memandang Jika Menjelajah Sabah Dibawah Bayu"  

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Pelancong kenegeri Sabah harus mendalami sejarah dan budaya warga tempatan asli negeri ini memandangkan jika tersilap fakta bakal merosak budaya Sabah terpelihara. 

Ini didedahkan oleh veteran pakar adat budaya Sabah bila melihat samseng dijalan raya menunggang Motorsikal tanpa TOPI KELEDER (Helmet) serta orang orang dewasa bergelimpangan dikaki lima kawasan bandar dan pekan amnya tegas mereka.  

Dalam rombongan Media Terkini Harian membuat LENSA KAMERA ada sahaja orang mengekori dan memerhati dari setiap tugasan yang dijalankan, namun tidak dihiraukan dan cukup berwaspada dengan ditemani beberapa rakan dari bekas bekas Tentera Renjer DiRaja Sarawak demi keselamatan bersama.

Antara diperolehi ialah, penunggang Motorsikal tidak berhelmet, peminta sedekah bergelimpangan tepi kaki lima kedai, penjual rokok seludup berselerak dipekan dan bandar, serta penjual WAH HUI dan nombor gelap yang sukar dikesan memandangkan golongan terlibat bijak pasang jaga.

Anehnya ada juga warga asing yang terlalu berani bercampur warga tempatan didalam pelbagai kegiatan gelap mereka disetiap bandar dan pekan bagi mengaut  keuntungan, akibat sambutan ramai orang diseluruh Sabah ianya berterusan  disetiap bandar dan pekan tanpa berhenti walaupun pemantauan pihak berkuasa lebih kerap namun ianya pantas meloloskan diri.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan