Ahad, 4 Februari 2024

UPKO TANDING BANYAK PRN SABAH

"Mampukah UPKO Meraih Sokongan Rakyat Dikawasan DUN Kawasan KDMR Serta Pra Campuran Pada PRN Akan Datang" 

Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Masyarakat KDMR mencadangkan semula kepimpinan UPKO disetiap DUN Sabah supaya sentiasa menemui rakyat tanpa ada yang tersisih sepanjang masa. 

Rakyat KDMR yakin UPKO mampu meraih sokongan pengundi jika kepimpinan bahagian dan cawangan mereka terus mendampingi segenap lapisan rakyat jelata dikawasan masing masing setiap masa. 

Malah hasrat Datuk Ewon Benedick Presiden UPKO  merangkap Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi untuk bertanding  banyak dikawasan KDMR serta kerusi pra campuran dalam PRN akan datang perlu kerja keras bersama rakyat berbilang bangsa dan agama demi meraih sokongan.

Untuk rekod masa kini hampir separuh KDMR telah memeluk agama Islam dan jika mereka tersisih dari perhatian para kepimpinan UPKO Bahagian serta Cawangan pasti rakyat akan mengenepikan sokongan mereka terhadap parti tersebut ujar penduduk Sabah. 

Penduduk Sabah berharap UPKO boleh menemui semua rakyat KDMR diperingkat luar bandar terutama golongan yang sudah memeluk agama Islam secara berterusan sehingga PRN akan datang jika mahu meraih sokongan undi mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan