Ahad, 11 Februari 2024

KESEDARAN CORONA BAGAI MENGHILANG

"Jelajah Sabah Dilihat Majoriti Bagai Terlupa Sudah Serangan Covid  19 Sehingga Ramai Tidak Ingat Penyakit Yang Menyerang Seluruh Dunia, Hanya Sebilangan Kecil Sahaja Yang Masih Mengekalkan SOP Ketika Berada Ditempat Awam Dengan Memakai Pelitup Muka Demi Pelindung Penyakit Tersebut" 

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Dalam era tahun 2024 ini penduduk negeri ini dilaporkan sudah lupa COVID 19 sehingga tidak ada penjarakan diri serta melupakan pemakaian pelitup muka ditempat awam. 

Kru Media Terkini jelajah Sabah mendapat maklumat betapa dalam seratus orang hanya sepuluh orang sahaja ditempat awam memakai pelitup muka, golongan orang asing dan muda mudi tidak lagi mengingati penyakit Covid 19 masa kini sehingga tidak ada yang memakai pelitup muka apa tak lagi penjarakan diri ditempat awam.

Anehnya kebanyakan yang ditemui dan disoal berhubung penyakit Covid 19 menjawab, "Ada Lagi Kah Penyakit Covid 19?, Tiada Sudahpun Penyiaran Penyakit Tersebut", ungkap orang ramai yang ditemui.

Hanya Sebilangan Kecil sahaja wanita tempatan masih terus memakai pelitup muka semasa berada ditempat awam bagi mengelak jangkitan Covid 19, manakala orang asing mahupun muda mudi tempatan sudah melupakan pemakaian pelitup muka ditempat awam walaupun  virus tersebut masih ada masa kini.

Sama sama kita menghindari penularan semula virus Covid 19 walau dimana juga berada terutama ditempat awam. Gunakan pelitup muka setiap kali berjalan ditempat awam seperti kompleks beli belah dan pengangkutan awam.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan