Rabu, 14 Februari 2024

RAMAI WARGA MENANTI PIS?

"Ramai Penduduk Sabah Yang Ditemui Menunggu Gerak Kerja Sebenar Parti Impian Sabah Menemui Mereka, Selain Dari Itu Warga Pengundi Sabah Terus Menunggu PIS Bersama Akbar Akbar Yang Berdaftar Dengan Misi Dan Visi Mereka" 

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Warga berdaftar sebagai pengundi dalam negeri ini terus menunggu gerak kerja diakar umbi Parti Impian Sabah (PIS) 
bagi memulakan jentera meraih sokongan rakyat jelata negeri Sabah. 

Kebanyakan rakyat yang ditemui mengaku hanya mendengar nama Parti Impian Sabah (PIS)  dan membaca teks Ucapan Tahun Baru Cina dalam akbar namun belum ada pemimpin turun padang berjumpa rakyat ujar mereka.

Pemimpin pusat Parti Impian Sabah boleh menemui segenap lapisan rakyat pengundi dalam negeri ini jika mahu meraih sokongan undi, malah gerak kerja menemui rakyat disamping penerangan semua bergandingan bersama akbar akbar tempatan mahupun luar negara amnya.

Menurut sumber YBGH. Maichel Alok Presiden Parti Impian Sabah sedang berusaha menyusun jentera menemui segenap lapisan rakyat pengundi dalam Sabah, malah ada usaha beliau mahu berkerjasama dengan beberapa Media Berdaftar demi menaruh harapan boleh menyebarkan misi dan visi PIS untuk pilihan raya negeri akan datang.

Sehingga berita ini ditulis belum ada Parti Impian Sabah menghubungi Media Terkini Harian Malaysia bagi menyampaikan misi dan visi mereka mendepani pilihan raya negeri akan datang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan