Jumaat, 2 Februari 2024

PENYOKONG NAJIB TERUS MENUNGGU

"Pengurangan Hukuman Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Terus Ditunggu Seluruh Penyokong Beliau Kawasan Tanah Melayu Serta Sarawak dan Sabah" 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Ramai penyokong Bosku setia menunggu sehingga Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan sehingga 23 Ogos 2028 serta pengurangan 50% dari hukuman kesalahan nya.

Penyokong Bosku bukan sahaja di Tanah Melayu malah ada di Sarawak dan Sabah  yang masih mengenang Projek Pan Borneo hasil inisiatif Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia yang lalu.

Sebilangan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak sekadar mendiamkan diri ketika menghubungi Kru Media Terkini diseluruh negara namun akur menunggu sehingga dibebaskan kelak.

Menurut penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak keluarga dan peguam Bosku perlu berbincang dan sepakat meneruskan rayuan pengampunan semua pertuduhan yang disabit terhadap mantan Perdana Menteri tersebut  tanpa berputus asa selagi diberi ruang memohon pengampunan terhadap semua kes pertuduhan.

Bagi penyokong mereka akan terus mendoakan terbaik keatas Bosku mantan Perdana Menteri berkenaan walau berapa lama pun dalam tahanan namun sokongan mereka tidak akan pudar ujar mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan