Jumaat, 23 Februari 2024

ROKOK SELUDUP SABAH SUKAR DIHAPUS

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Penjualan rokok seludup dalam negeri ini sukar dibasmikan akibat tempahan dikalangan orang orang tempatan serta melibatkan segelintir kakitangan kerajaan negeri mahupun persekutuan sekitar negeri ini lapor aktivis warga Sabah. 

Penjualan rokok seludup bagai menjual pisang keropok atau kacang goreng digerai tepi kedai setiap hari tanpa segan dilihat orang ramai mereka membeli rokok seludup, ada warga lantang berpolitik membidas warga asing berniaga didalam negeri ini namun golongan terlibat juga punca penggalak rokok seludup melambak diseluruh negeri ini.

Menurut aktivis masyarakat Sabah, tanya sebilangan ahli parti politik di 73 kerusi DUN Sabah dimana yang bersih tidak ada penjual dan pembeli ROKOK SELUDUP, golongan ahli parti politik dan kakitangan kerajaan yang bersekongkol membeli rokok seludup perlu jujur dan berani mengakui perbuatan membeli rokok seludup.

Jangan berpolitik membidas orang asing menjual rokok seludup atau merebut pelbagai ruang kerja atau urusniaga dalam Sabah jika masih bersikap  bersekongkokol dalam pembelian rokok seludup disetiap kawasan 73 kerusi DUN Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan