Khamis, 8 Februari 2024

PN GRS ADAKAH RAKAN SEKUTU?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Pemimpin Perikatan Nasional dilaporkan masih memiliki rangkaian politik dalam kompenen GRS dari Parti Maju Sabah (SAPP) sehingga hari ini. 

Dalam satu mesyuarat Parti Perikatan Nasional dekat sini BANDERA SAPP masih utuh sebaris dengan semua bandera Parti Perikatan Nasional menandakan mereka masih dalam permaufakatan yang sama.

Mungkin kah penduduk Sabah sengaja berdiam diri dalam konteks seumpama  atau menunggu sehingga DUN  Sabah bubar bagi menghitung undi mereka nanti?, namun politik Sabah unik mampu berubah dalam sekelip mata dari dahulu lagi sehingga hari ini ramai orang parti politik mampu berubah ubah.

Untuk rekod SAPP atau Parti Maju Sabah berada dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) namun dia juga masih dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) , kekeliruan ini wajar disedari seluruh warga Sabah yang berdaftar sebagai pemilih bagi mengelak kekeliruan memilih parti serta pemimpin taat setia perjuangan bangsa dan negara. 

Perikatan Nasional merupakan gabungan parti pembangkang diperingkat Persekutuan  namun kerajaan negeri Sabah pimpinan GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS), terdapat dua Adun Dilantik dari PN iaitu SAPP dan PARTI PAS SABAH yang kekal sehingga kehari ini tanpa keluar dari PN atau menarik sokongan PN.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan