Selasa, 13 Februari 2024

MEDIA TERKINI HARIAN MALAYSIA DAN CABARAN

Cabaran dalam industri penyiaran harian seringkali dipandang ringan oleh ahli ahli parti politik Sabahan diperingkat bahagian dan cawangan, malah ada individu yang kurang memberi kerja 
sama setiap menghantar nota atau gambar keunit penyiaran akbar ini bagaikan orang suruhan mereka bagi membuat tugas yang dihantar.

Ketabahan sidang Editorial akbar harian ini cukup berpengalaman mengawal emosi walaupun ada yang cuba memandang rendah terhadap penyiaran akbar ini sejak 2016, akbar Media Terkini Mingguan bermula sejak 1998 dimana merubah penuh berani bersiaran harian bermula 2016 lagi namun sehingga tahun 2024 ini ada lagi orang politik bawahan Sabah sengaja tidak kenal kru Media Terkini.

Menurut KRU Media Terkini Harian yang turun kelapangan, mereka ditanya lagi kerja dimana? Kamu buat APA? Kamu pergi mana bagaikan memandang rendah uniform yang dipakai setiap kru akbar ini setiap masa pejabat.

Untuk makluman orang politik Sabah diperingkat bahagian dan cawangan biarlah masa turun padang dilapangan pandang lah pakaian seragam setiap petugas dilapangan, jangan sudah mengenali lebih 10 tahun namun masih bertanya dimana kamu kerja atau kamu pergi mana sedangkan, orang didepan mata memakai pakaian seragam nama Akbar umpama sengaja bercakap kosong.

Media Terkini juga dimaklumkan oleh orang Sabah golongan yang berkelakuan seumpama juga sentiasa kalah calon parti yang mereka sertai bagai ditolak pengundi setempat, sebagai petugas industri penyiaran sebaiknya golongan individu ahli parti politik diperingkat bahagian dan cawangan amnya memberi kerjasama terhadap kru akbar ini semasa bertugas dilapangan. 

Sama sama kita bertekad saling memberi kerjasama dan bukan menafikan kerjaya orang dilapangan walaupun melihat pakaian seragam mereka sejak tahun 1998 lagi sehingga kehari ini. Oleh. Joupis Anak Lagau Penolong Pengarang 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan