Selasa, 27 Februari 2024

ISU AIR SABAH KERJASAMA PERLU ADA

"Orang Ramai Perlu Ada Kerjasama Dengan Jabatan Air Amnya Kerajaan Bagi Seiring Menjaga Kerosakan Atau Dicuri Orang Asing Dilokasi Setinggan Depan Mata" 

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Masaalah AIR PAIP  dalam negeri ini memerlukan kerjasama semua pihak, rakyat jelata warganegara, Jabatan Air Negeri serta Semu Kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah agar tidak berlaku penjualan gelap air atau Air Paip Disambung Curi orang asing dalam Sabah.

Ini didedahkan oleh warga Sabah yang menghubungi Media Terkini Harian sebagai mengulas masaalah air tidak mencukupi kepada warganegara asli pengguna sehingga hari ini walaupun pelbagai peruntukan kerajaan pusat dari dahulu sampai kehari ini. 

Menurut penduduk Sabah yang menghubungi Media Terkini Harian, isu Air Sabah Sukar ditangani selagi wujud kloni setinggan warga asing yang sentiasa mencari peluang mencuri air, malah ada juga individu penduduk tempatan sanggup menjual air kepada kloni setinggan demi mengaut keuntungan ujar mereka.

Sehubungan dengan ini, Jabatan Air Sabah perlu berkerjasama dengan keselamatan Tentera dan Polis bagi memantau pencurian air paip setiap masa, Jabatan Air juga boleh meminta bantuan Bekas Bekas Tentera dan Polis Sabah bagi memantau isu para pencuri air sesuai dengan pengalaman mereka melakukan risikan setiap masa.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan