Ahad, 4 Februari 2024

AWAS MASIH ADA PEMALSUAN KAD

"Dalam Zaman IT Masa Kini Semakin Ramai Berani Memalsukan Dokumen Pelarian UNCHR Didalam Negara Ini Tanpa Takut Dengan Undang Undang Yang Menanti Perbuatan Mereka" 

Oleh. Basron Kirwan  

Kuala Lumpur. Tindakan berani sebilangan pendatang asing tanpa izin memalsukan dokumen Kad UNCHR adalah perbuatan sia sia berikutan pihak berkuasa lebih tangkas mengesan nya walau dimana pun berada pasti pemenangnya dapat diberkas juga.

Isu pendatang asing tanpa izin perlu kerjasama semua lapisan masyarakat bagi memberi maklumat kepada JIM, PDRM dan JPN agar keberadaan mereka PATI dapat dipantau sebelum diserbu pihak terbabit.

Isu PATI juga bukan sahaja diseluruh Semananjung Malaysia malah melibatkan Sabah juga yang kerap diceroboh PATI dari negara Fhilipina dan Indonesia tanpa serik ditangkap pihak berkuasa.

Sikap sebilangan penduduk yang suka melindungi PATI menyebabkan terlalu sukar mengesan mereka diseluruh Negara, malah ada juga warga tempatan yang sanggup memberi tempat persembunyian PATI untuk berkerja apa sahaja kerja yang mereka suruh.

Apapun demi keselamatan dan kemakmuran negara Malaysia sama sama membantu membenteras PATI dengan melaporkan kepada JIM dimana keberadaan mereka dikawasan masing masing.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan