Isnin, 5 Februari 2024

HARGA DUBLE STARNDARD

"Harga Selamba Minuman ini Dua Pelekat  Harga Yang Berbeza Runcit RM13.50  Manakala Yang Satu Lagi RM13.90 Entah Mana Yang Benar" 

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Sabah. Peniaga dalam negeri ini senang sahaja mengaut keuntungan berganda tanpa suara masyarakat yang melanggani permis kedai  terlibat setiap hari.

Kebanyakan kedai yang menjual produk berharga tinggi dikuasai pekerja pembantu kedai orang asing  sehingga majikan tidak  ambil kisah harga yang diletak oleh pembantu kedai berkenaan. 

Ramai penduduk Sabah dilaporkan tidak kisah dengan kenaikan harga makanan dan minuman dipelusuk kedai runcit mahupun mini market amnya sehingga taukeh naik tocang menaik harga barangan jualan mereka.

Perilaku seumpama sudah bertahun lamanya namun masaalah mungkin tidak sampai kepada pihak berkuasa perdagangan menyebabkan  kedai kedai terlibat terus menaik harga barangan mereka sehingga membebankan orang miskin. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan