Sabtu, 3 Februari 2024

DEPOH TAHANAN PERLU KAWALAN

"Kawalan Tentera Atau Polis Perlu Disetiap Depoh Tahanan PATI Bagi Mengelak Melarikan Diri"  
Oleh. Basron Kirwan 

Perak. Masyarakat tempatan mencadangkan setiap DEPOH TAHANAN PENDATANG ASING TANPA IZIN dikawal penuh pasukan Ten-

tera dan Polis bagi mengelak rusuhan dan melarikan diri. 

Pendatang Asing Tanpa Izin sanggup bertindak apa juga diluar jangka jika melihat pengawal tahanan mereka  bukan dari Tentera atau Polis berdasarkan keberanian mereka masuk menceroboh negara Malaysia tanpa dokumen sah.

Ini didedahkan kumpulan pesara Angkatan bersenjata Malaysia yang percaya disebabkan Depoh Bidor hanya dikawal pasukan Rela sehingga mereka PATI berani bertindak melarikan diri dengan cara rusuhan ujar mereka. 

Untuk rekod PATI sanggup menempuh apa juga kemungkinan disempadan demi memasuki negara ini sedangkan bila ditahan hanya dijaga pasukan sukarelawan sahaja tidak sesuai bagi status PATI.

Sehubungan dengan kejadian Pelarian Di Depoh Tahanan Melarikan Diri lebih 100 orang semua kawalan ketat perlu diletak pada Tentera atau Polis serta merta. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan